Adam kahwin hujung tahun ni~~~







Wahai pembaca sekalian.. Maaflah aku lambat post sebab aku memang sedang busy dengan berkapel, berskandal, dah bermacam-macam lagi. <===gilerla statement nak kene bunuh dengan laki sdri

Jumaat lepas aku telah pergi ke majlis nikah kawan aku. Disebabkan pengantin perempuan adalah kawan baik aku, siap ajak aku tidur rumah dia malam berinai. Aku segan, jangan cakap untuk berinai, memang malam bersanding tu pun aku tak datang. Hahaha

Kemudian hari bersanding tu aku pergi sekali lagi. Perghhhh... Cantik nye kawan aku ni. Umur kami sama tapi dia dah kahwin dulu. Dia diantara yang boleh menerima kekurangan diri, ermmm aku maksudkan seksualiti. Hahaha.

Tu dia orang kawin... sapa kawin? opssss... (gambar hiasan...ley?)

Kemudian aku makan sambil memandang pengantin makan beradab. Masyukk... Lepas tu aku terfikir...

Bila aku nak kahwin nie? Matilaaaaa gambar

Tiba-tiba family kawan aku yang seorang lagi ni datang. Makan dekat sebelah aku.

Dari kiri, Adam, Mak dia, Kak ipar, Dia, Cik sal... Opsss

Aku pun main-main laa....

"Kak Ipar, kalau saya masuk meminang, boleh ke".

"Akak tak tau la Adam, tanya la tuan punya badan".

Kawan aku ni muka dah merah. Matilakaooo.... Tiba-tiba emak dia datang.

"Mak, Adam ni nak masuk meminang ni haaaa....".

Mak dia dengan muka seriusnya....

"Boleh! Hujung tahun ni kita buat. Boleh ke Adam?".

===>Pengsan <===

PS : Matilah aku mak dia dah masuk campur. Maluuuuuu.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jalan-Jalan di kL @@

Semalam aku pergi kL... Jumpa kawan nama Adam. Bayangkan betapa sengalnya aku, Sungei Wang pun tak tahu kat mana. Walaupun dah 20 tahun tinggal lembah klang Adoi... Adam pergi jumpa Adam. Matila nama pun sama.


Aku teman la Adam dan abang dia shopping CD Game kat Sungei Wang. Lepas tu jalan-jalan. Tak lame abang Adam ni pulang lah. Tinggal lah Adam dan Adam. Dia bawak aku pergi Pavilion. Katanyer disebabkan tempat ni penuh dengan PLU, ia digelar GAYVILION. Matilaaaaa.....

Hi... Welcome to GAYVILLION.. <==macam tu la penyambut tetamu? *pengsan*

Dan scan orang bukanlah pelik bagi manusia dekat-dekat sana. Lepas tengok wayang, aku lepak makan J-CO dan kopi. Duduk tepi jalan sambil tengok kereta dan manusia. Lepas tu, aktiviti scan mengscan berlaku dengan pantas. Sampailah satu masa tu, ada segerombolan manusia lalu, sambil memandang kami. Terus Adam yang satu itu menjerit,


AMBOIIII!!!!! SCAN ORANG TAK BOLEH BLAH!!! <==matila emo orang tengok balik <==matila menjerit pun sempat pose

PS : Kalau kau jadi aku? Kau stay atau kau lari? ahhaaaaa.. Scan orang boleh, orang tengok kita mula la emo.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

kEnapa CinTa Tiada?



Dah berhari Adam cuba... sayang itu cukup tebal. Tapi cinta ciput... kecik je. Dia tak mahu menebal... Cinta tak boleh dipaksa...

Adam Minta Maaf...

PS : Valentine kali ni menyakitkan... sobsob

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lap Cermin Dengan Tangan... kau boleee?

Memandu dalam kepekatan malam. Wah Intro... Ketika aku pulang dari rumah memandu, baru aku teringat yang wiper kereta aku dah dijahanamkan anak orang. On the way balik guruh mula berbisik-bisik, angin mula bersiul Wah.. gituuu... Dalam hati...


Mintak-mintalah tak hujan....

Kannn.. tetaplah.

Tak sampai 3 minit lepas tu hujan turun. Sikit-sikit. Lama-lama lebat nak mati. Wiper sebelah pemandu dah rosak. Jalan dah macam cameron highland. Pengsan.

Sekali lagi ...


Ya Tuhan... Berilah aku peluang bertaubat... <==takut weh... drive sorang-sorang.. hujan lebat.. jalan bengkang-bengkok

Aku buka tingkap.. Lalu mengelap cermin dengan tangan kanan. Tangan kiri kawal stereng. Profesional sangat. Kau adoo? Hujan semakin lebat. Wahhhhhhh!!!!!!!!!!!!!

Tangan kanan semakin laju mengelap cermin. Tangan kiri pantas mengawal stereng.Lampu kecemasan, high beam.. semua aku buka. Nasib baik tak ada siren... kalau tak, tu pun dah lama berbunyi.

Dah sampai ke kolej. Perkataan pertama terucap adalah........


BABI!!!!!SIAPA JAHANAMKAN WIPER AKU!!!!!!!! <==Gila lah bukan nak bersyukur dah selamat sampai... Insaf...<==tetaplah pose

PS : aku tetap bersyukur.... terasa macam gadis litar semalam. Matila....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Straight~~

Hello~~~~~~

Tu dia!!! Masuk-masuk terus pose innocent

Dah lame tak update blog.. Busy dengan pementasan katanya. Mensyisya serta mencapap di mamak adalah satu kebiasaan. Kalau gelak memang dah dasar mulut lohong~~ opsss..... 5 batu dah dengar...

Ape lohong-lohong?

Apetah lagi kalau menjerit ker... Nak dijadikan cerita kami selalu buat trademark ni... Trademark la kekdah nyer...

MAK STRAIGHT OK!!!!

Macam tu.. Dah la MAK..... STRAIGHT lagi..... **Pitam

Tengah kami berborak-borak aku keluar la isu straight tak straight.. senget tak senget... Pastu tiba-tiba lalu mamat hensem~~

Lebih kurang macam ni muka dia,...tak ke kau merembes?

Terus kami satu meja menjerit....

Abang Baju Kelabu...KENDU!!!!<===Babi tak perangai? Hahahaha

Sekali dengan lantang aku jerit.... Aku straight la!!!!!! <==Menyampuk walaupun tak ada kene mengena. Semua sentap

Lepas tu disampuk dengan... "Abang Adam I tahu you straight... "
"YOU STRAIGHT TO HELL"

**Pitam lagi

PS : Korang memang layak dapat anugerah Mulut Hanjeng Of the Year... ahhaaaaaa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS