Selamat hari ThaipusaM~~~~lalala

Semalam aku keluar. Dah serabut sangat kepala aku ni dengan masalah rumah. Jadi semalam aku melarikan diri. Mencari ketenangan katanya.. ahhaaaa... Pastu aku pergi lepak rumah kawan aku. Dia datang ambil ok. Kami tak buat apa-apa. Occayyyyyyy~~~


Relax~~~amaaaa

Pastu kami borak-borak.. Kol 5.40 pagi macam tu kot aku masuk tido. Kol 7.30 aku terjaga. Sejuk. dah memang jenis tak tahan sejuk. Hahahaha

Lepas tu dia pergi tido sebab dia kerja petang. Aku lah melangut dekat ruang tamu tu. Lepas tengok cerita kite runner aku g menyusur dekat dia tengah tido. Sekali air cond dia pasang... Macam-macam skill dah aku try.. menunduk~~ menempek~~menempel~~ Menonggeng~~aku raba-raba cari selimut tak jumpa. Last-last tak tahan sejuk aku keluar. Tidur dekat luar. Dia dah tidur mati kot. Hahaha

PS : aku biasa tido peluk benda. Tak kisah la orang ke.. kain baju ke...beg laptop ke... Tak peluk benda tak boleh tido.

Yang ni pun jadi..buah ape ni? I loiikeee

Aku pun pergi sapu bantal golek tido dekat ruang tamu. Lelap~~

Skali dengar orang menjerit. APEKAH?

"Adam woit...bangun.dah pukul berapa ni?"

Dah pukul 5. Dia lambat nak pergi kerja. Aku pun terkejut tidur lama macam tu. Rekod ok bangun kol 5 petang.

Rekod....kau ado? Matila

Dia hantar aku dekat stesen ketapi. Teka ape? Di penuhi dengan bau-bau serta bulu merak. Ayoyoyoyooooooooooooo.......... Lepas tu aku terfikir~~~ Hari ini hari apa?

Gambar ni kabur-kabur... aku takut tengok orang main cocok-cocok... ahaaa

SELAMAT HARI THAIPUSAM!!!!!!!!!!!!!!

PS : rasa sungguh menenangkan di tempat sejuk, sunyi dan tenteram.<===matilah promote cameron highland. Perlukan waktu untuk diri sendiri. Thanx bro~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

: : Life : :...kitar semula ..bleyyy

I am now at the crossroad where I'm learning to explore, making things up, and choosing the right path in life. It is about time for me to get to know more people and make some friends.Let see… im looking for a set of friends whom i can hang out with, open minded, do "new" stuff, but most importantly, they doesn’t harm me……

If u got the charms that can sell ice to an eskimo… If you know when to balance urself from being too conservative or outrageous, being a kid and an adult at the same time, being serious but funny at the same moment… Know what you are aiming for and work hard to get it, then let see how we can make it worth.

The world thrives on variety, and i like all sorts of people. If everyone was the same then our life will be boring . There are things that i have learned through all the difficulty and joys in life. If u ask me…personality of a human can change within a second…

I can be a party animal in a moment, forgetting the world and loosing myself like a tiger out of its cage; and in another moment, I am a cutie little fairy that keeps everyone happy…. in the next moment, i sneak out, be out with friends playing games/bowling, having a drink or two plus a bit of shisha.


This world full of people that are gay/bi/lesbian…It is not true that just because a guy is straight, crying makes him gay, and a tomboy does not make her a lesbian; whether one is straight/gay/bi/trans, emotion is what makes us human…….

PS : Ini adalah yang aku jumpa di blog lama aku....kitar semula la ni..hahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Filem Syirik~~ Adoyai

Hari ini aku telah pergi menonton filem......

Filem paling SYIRIK aku pernah tengok. <==Matilah iman tak kuat

Dan buat kali pertama dalam sejarah hidup aku tengok Malaikat bergaduh dengan manusia. Lepas tu boleh pulak Malaikat tu ade senjata high tech. Boleh gerudi bagai.

Macam ni pedang dia.... Tak ke kau mati berlawan dengan angel? <==matilah pesong akidah<==matilah jadi ustazah kejap

Cerita tu bermula dengan Michael (Mikail) buang sayap dia supaya boleh menyelamatkan manusia. Lepas tu kononnya Tuhan nak test mereka dengan menghantar Gabriel (Jibril). Scene paling bangang haprak hampeh adalah bila malaikat boleh pegang pipi macam adegan romantis.

Gaya-gaya gay uols. Pengsan.

Efek cahaya digunakan untuk menunjukkan Malaikat. Comel giler sayap angel tu. Dah macam sayap burung merpati occay.

Macam ni...tapi angel-angel dalam tu semua jantan<===malaikat pun ada jantina bagai?

Mungkin ada ikut old testiment kan..... Sebab dalam tu ada sedikit penerangan. Aku baca sekadar untuk pengetahuan sahaja.**ganas ni dah keluar bab bible

Tapi kalau korang agak-agak kurang beriman macam aku ni, bawaklah ustaz tengok sekali. Bole dia cuci-cuci lepas movie tu kan.....Motippppp

Mai tengok wayang sama-sama...leyyyy

PS : Cerita ini untuk sekadar hiburan boleh lah. Jangan ambil berat. Bahaya. Nanti tak pasal-pasal lepas ni korang pergi kawin macam kes FATIN. <==matila gila

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Abang polis memondan...PITAM

Selepas beberapa malam berturut-turut aku menghisap shisha, hari ini sampai ke kemuncak. Hari ini aku melepak di Putrajaya bersama kawan-kawan. Selepas aktiviti menghisap shisha sampai high,

High mabuk shisha la sundel...bukan kasut tumit tinggi<==gilalah dah gila

Lepas tu aku and da geng merancang pergi ke putrajaya. Tengok lampu. Pergi ke sana buat apa kawan-kawan? <==matilah cikgu

Buat apa uols?

Pergi menari macam orang hilang anak<==giler la meroyan

Lepas tu terasa nak pergi tandas... kami ramai-ramai pergi tumpang tandas masjid besi... kau berani? Lalu pergi kesana terkinja-kinja menahan kencing. Nak dijadikan cerita sebelum itu kami terjumpa abang polis buat road block. Tiba-tiba dia tahan kereta aku... kendu sangat.

Aku : Ye bang... Ehem2...Ada apa..<== jantan gagah Lepas tu kawan aku cikki menyampuk...

Cikki : Kenapa ni bang?<==cikki menyampuk guna skill mafia

Polis : Awak tanya la boifren awak tu....

Dia cakap aku boifren cikki ni.. PITAM.. lepas tu aku pun terus masuk pose memondan... matilah tukar character on da spot...<==matilah nak selamatkan diri dari polis teros masuk key mak hayam

BERTUKAR!!

Aku : Alaaaa... saye bukan boifren dia...<==tu dia!! Nak tau dia jawab apa..

Polis : Alaaaa you ni..Jangan lah lembut sangat. MAK TAK SUKA... BENCILAH!!


***PENGSAN tengok abang polis memondan

PS : Cuba lembutkan diri anda ketika jumpa polis, setakat ni Adam tak pernah fail. Kaki goda abang polis. Bengong!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hidup Ini Rumit ke?

Kawan Aku cakap hidup ini rumit. Aku pun rasa macam tu.

SIAPA RASA HIDUP INI RUMIT?

Hidup? Ehem2... Biasa je.. Abang cool


Ape pandang-pandang? Pernah makan tumit kaki?**matila emo


Ape rumit-rumit?<==giler la anjing pun emo

Tak la... Hidup ini tak rumit... Kau tengok baju mak? Cantik ke tidak? <==pitam

PS : Masalah Adam membuatkan kapel Adam jauh hati. Pasrah~~~ If this is the end between us, then let it be. Semoga kamu bahagia dengannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Diskriminasi!!!! Adam sepak kang

Tadi kawan aku cerita pasal kolej. Biasa la kehidupan kolej, kalau anda adalah seorang yang berpewatakan lembut anda akan di terjah. Bleyy?

Al-kisahnya kawan-kawan aku ini adalah junior dan merupakan seorang mc serta pendebat berjaya. Maklumlah orang berjaya, ramai yang dengki.

"Abang Adam, tau tak kami di hanjeng kan oleh mereka-mereka itu".

"Kenapa la pulak? Hanjengkan lah balik"<==tema berbalas tembakan? matila kaki hasut

Ape anjeng-anjeng? nak masak kejap~~~<==wah anjing gila

"Sepatutnya I jadi mc untuk majlis tu. Tapi ada manusia bengong itu berkata",

Manusia 1: I rasa kita perlu tukar la mc tu, I tahu dia tu bagus tapi bukan ke dia tu lembut? buat malu kolej je. cari lelaki betul-betul lelaki lah<==habis tu dia ni ada anu bagai? bukan lelakilah?

Manusia 2: Korang nak tahu tak sebab korang dalam kelab tu, lelaki keras tak nak berteater? hah? <==bape keping jantan sasa nak berteater? Hah? Kau hengat kau chanteq? <==matilah lari tema

Sebab koranglah? Haishhh!!! Aku terajang kang!!<==motif muka kau macam apam? Perlu la buat mulut macam tu?

Mungkin ada sedikit betulnya mulut durjana itu tetapi kalau difikirkan, dia nak lembut ke, berteater ke, menari ke...mereka ni juga lah yang memeriahkan aktiviti macam tu. Nak diharapkan cik janz yang keras-keras, nak masuk ke benda-benda seni ni? Berlakon macam kayu pastu tersipu-sipu atas pentas.

Mempersembahkan...Cik Jan...
Penonton 1 : Aik? mana dia?
Penonton 2: Biase la jantan....takdak teloq**pengsan


Bukan nak suruh anda menjadi mak hayam, lembut atau sewaktu dengannya, tetapi sekadar nak memberitahu bahawa mereka juga ada perasaan. Kalau sebab fizikal itulah mereka dikeji, anda tidak layak berada di universiti. <===statement pun nak berbaur pantun ? ammaaaa....

Kau tak layak okay!!

Ps : Di nasihatkan siapa-siapa yang terkena tu, pulaukan aje Banyak lagi kelab memerlukan orang berbakat macam hadek-hadek verangan sume. <==Matilah kene sepak keluar statement macam ni

TU DIA ADIK-ADIK BERANGAN!!!!!**pengsan di tempat kejadian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Adam muka tembok~~lalala

Aku pergi sushi king di suatu tempat di lembah klang ni. Bersama seorang kawan. Kata nyer dia selalu pergi situ sebab dia ade crush dekat seorang waiter ni. Fuhhhh... Skali aku tengok muka dia... Masyuk... Merembes kata nyer...

Kami order la sesuatu kat suhsi-king tu. Makanan. Makanan jepun, tak hafal pula namanya. Dah order lepas tu tunggu makanan. Lepas tu dia cakap,

"Adam, tengok mamat tu, aku selalu datang sini...nak usha dia".

Macam ni ke waiter? <===pitam 360 darjah

Lalu menoleh.... Seraya berkata

"Wah..comel. Errmmm..suka ke?"<==Aku pun taste juga <===Gilerla kaki kebas

Kawan aku pun pose-pose ambil tisu, pastu mintak pen bagai. Kau ingat aku ni baru balik kuliah nak bawak pen pergi shopping complex bagai. Konon-konon nak tulis nombor atas tisu nak bagi waiter tu. Kannnn...Drama korea sangat.

"Kau tolong aku mintak nombor phone dia, ermm, facebook ker".

Phone ke facebook ni? Ke facebook dalam phone?** mati la gila teknologi

Wahhh... Nak suruh aku mintak contact neh. Tak hengat bumi.

"Kalau aku mintak, aku la dapat, caras orang punye..boley?"

Kannn... Aku kaki caras. Bengong

Setelah agak-agak sejam kami di situ, walaupun dah habis makan, kami tetap lepak. Tak nak panggil waiter lain katanya... Waiter yang satu itu sahaja. <==gila la waiter pun nak pilih

Last-last, waiter itu berjaya dipanggil untuk kire piring sushi. Walhal satu je piring. Tengok dari jauh pun dah tahu tak payah kira. Haha

Tu atas benda pusing2 tu piring sushi

Dah habis bayar semua ni, aku pun pergi dekat waiter tu. Cuit bahu pastu pose comel... Ammaaaaaaaaa....

"Awak..ooo awak. Kawan saya ni nak mintak facebook awak".

Nak sangat nombor...nah HAMBIK!!!!!!<==pitam

Lepas tu janz itu terus tersenyum tersipu-sipu malu. Alahai cair aku tengok. Terus dia pergi layan customer lain.

PS : Cik janz itu istimewa sebab dia seorang sahaja yang memakai baju warna lain. Nak tau sushi king mana... ahakssss

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ape kau merepek? Kau dekat mana?

Hari sabtu lepas aku pergi ke The Garden. Nak jumpe kawan-kawan lama kata nyer. Kami berkaraoke sakan la. Tunggu ade lagi kawan-kawan yang tak sampai. Pastu sampai sudah pun rak sampai-sampai lagi. How?

Lepas tu kawan aku call...

"Kau keluar la dari karaoke tu jap, aku dekat-dekat situ".

"Ok2...aku kat luar ni, kau kat mane?"<==aku

"Aku antara GSC dengan redbox ni..kau dekat mana? "

"Aku dekat tengah2 tu la. Antara GSC dengan redbox".<==aku

"Tak ada pun kau. Kau pergi dekat pintu masuk sana"

Berlari2 anak pergi pintu masuk
Aku pun pergilah kesana. Berlari2 anak~~~

"Aku dekat depan Coach ni. Kau dekat mana?"<==aku

"Coach belah mana pulak. Aku dekat dengan pintu masuk la"

Mencari dalam tong sampah? Motipppp...ko ingat aku ape?<===matila emo kat shopping complex

"Jap2...cuba kau try melompat2 depan coach tu. Mane tau aku nampak"

"Aku dah lompat2.. Siap atas pentas depan Coach lagi aku lompat?"<==aku

"Aku kat depan pintu masuk utama pavi la ni"

Pastu aku terfikir. Dia kat pavillion dan aku dekat the garden. Mane nak jumpa. Haram jadah betol. Ape jadi sengal ubi petang-petang. Adoi.

YEAHHHH!!!KITA DAH SALAH LOKASI!!!!!!!!

Lepas tu free2 je kene...

"Kalau kau dekat garden aku dekat pavi...cari sampai esok pon tak jumpa. Kau kenape? Tingtong siang2 ni...".

Wahhh...macam mana aku boleh tertukar pavilion dengan the garden ni. Padahal name...mak aih tak sama langsung.hahahaha

Pengsan sambil terjun...bleyyy

PS : Hari itu merupakan hari tingtong sedunia...ahhaaaaaa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS