kenape aku suka dia...first sight love kata nyer


aku sangat busy dengan kehidupan plu sekarang dan penat menyibukkan diri dalam aktiviti teater walaupun sebenarnya aku ke sana semata-mata nak membuang masa. Alasan nya, aku tak boleh study di bilik sebab aku nak suasana bising. Dari situ aku mula berkenalan rapat dengan faiz. Mula-mula hanya berjumpa di PR. Sekali aku nampak dia, aku rasa macam ade sesuatu. Aku kejar dia, aku ikut dia. Sebab aku dah suka. Memang bukan jenis aku kalau dah bercouple nak cari lain.

Hari ni aku bawak faiz ke kenduri tunang kawanku. Perempuan. Mula2 kami berjumpa peja, ex-classmate. Aku kenalkan faiz.


"Ni la spouse aku".

Peja jawab, "comel nya...mana jumpa? Sesuai sangat".

Memang nampaklah kawan-kawan aku ni open minded. Kemudian kami makan. Dari pukul 12 sampai pukul 4 barulah org bertunang dah tak busy. Boleh melepak2 bersama-sama kami.

Pengantin perempuan duduk, lepas tu tanya, "sape tu?".

"spouse aku".

"comel. Dah lame ke couple?".

"Dah lame dah". Berahsia...Walhal baru berapa dekad. OPSSSSS!!!

Dah 4 jam kat rumah tu aku tak dengar sikit pun dia mengomel. Skejap-skejap aku tengok jam, 2 suku. Aku tanya faiz, "r u ok? 2.30 kita gerak k".

Aku nak tunggu untuk berjumpa dengan kawan aku. Datang je kawan aku dengan gaun pengantin, dia cakap, "kejap ea....kejap...jangan la balik lagi".


Tiba-tiba keluar album saloma tajuk tunggu sekejap...boleh?

Aku tunggu sikit lagi. Last-last pukul 3 lebih baru dia free. Kami berborak sakan. Dan paling tak tahan, semua orang dalam rumah tu menerima kami. faiz pun ok, muka nampak penat tp tak ada nampak muka bosan. Aku kagum kerana kalau akulah kat tempat dia, mesti aku meroyan nak mintak suruh balik. Akhirnya pukul 4.30 kami bertolak ke kL.

Aku ke mid valley, faiz ke kL sentral. Ade sambutan majalah EH!. dan dia mendapat invitation. Tunggu komuter delay 1 stgh jam, memang macam pantat. Faiz tetap cool, aku je yang mengomel sakan padahal dia ade time limit dan kene berada di sana dalam masa sejam.. Kesian pada faiz, Akhirnya kami burn tiket dan drive kereta ke kL sebab kawan2 aku dah gerak ke kL. AKu tak ingat jalan ke kL sentral dan aku drop dia di mid valley. Faiz ambil cab pergi ke kL sentral. Tiada rungutan.

Dan bila wayang habis dan aku tak jumpe parking lot tempat aku park kereta, faiz call cakap nak balik sekali. Dia ambil cab ke mid valley. Aku mencari-cari parking lot kereta, tak jumpe tapi dia tetap ok. Memang aku respek dia. Boleh bertahan dengan karenah aku. Kawan aku yang bertunang tu call suruh ambil makanan di rumah, nasi- nasi dan lauk-lauk suruh diberi kepada kawan-kawan. AKu drive ke rumah kawan aku dan makan malam di situ. Faiz ikut je. Malam tu dia dah boleh masuk dengan kawan-kawan aku. Kawan-kawan aku mengusik dia, aku hanya tersenyum, aku gembira melihat dia senyum. Cepat mesra katanya.

Tengah makan tu, kawan aku sempat lagi ni cakap...
"Nanti datang la aku kawin ye faiz, harap-harap korang stay bersama lagi". Motippp sangat kan.


You tak reti marah i ke syg? Marah la sikit... sangatlah kan baik macam tu skali....sentap


Balik ke kolej, Dia larang aku keluar malam ni, tapi aku tetap keluar. Hisap shisha. Dia tahu aku memang penat dari petang tadi . Nak pergi Mid valley pun tak larat. Tapi aku degil, aku keluar juga dengan kawan-kawan. nanti la aku cakap dengan dia aku keluar malam ni sebab aku tak nak menipu. Dia risaukan aku dan aku faham. Untung badan dia jatuh hati pada aku yang tak seberapa ini.

PS: Dalam kereta asyik aku je bercakap dan di melayan je aku bercakap. Aku nak dengar jugak dia merungut sekali sekala.

KAU DIAM!!!SUKA AKULAH NAK MEMBEBEL KAT LAKI AKU KE TAK!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

4 Response to "kenape aku suka dia...first sight love kata nyer"

  1. SiR FaiZaL SiR-raBut says:
    October 29, 2009

    ko giler!!! kang hangen minah tu kang!!! taw la!!! agagagagaga!!!! motip sangat kan.....
    well arap u ols bahagie...

  2. Anonymous Says:
    November 20, 2009

    love this comment !!! x0x0

  3. Tun Bobo says:
    December 03, 2009

    very love story sangat~ suke lah..

  4. Adam says:
    December 19, 2009

    ahha~~very love story. romeo and romeo.. bukan versi romeo juliet